MAJLIS PENYERAHAN CENDERAMATA SEBAGAI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BAGI KERJA-KERJA DISINFEKSI/NYAHKUMAN KENDERAAN YANG DIGUNAKAN SEMASA PROSES PENGHANTARAN PULANG PELAJAR KE KAMPUNG HALAMAN

Universiti Malaysia Kelantan melalui Pusat Pengurusan Persekitaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (CMeOSH) telah mengadakan dengan jayanya Majlis Penyerahan Cenderamata Sebagai Penghargaan dan Terima Kasih Kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi Kerja-Kerja Disinfeksi/Nyahkuman Kenderaan yang digunakan semasa Proses Penghantaran Pulang Pelajar Ke Kampung Halaman pada 30 Jun 2020 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Eksekutif, UMK Kampus Kota.

Majlis ini disampaikan oleh Naib Canselor UMK iaitu YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Noor Azizi Bin Ismail diiringi bersama Pengarah CMeOSH iaitu YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Rasdan Bin Ismail dan Pengarah Bahagian Keselamatan Encik Wan Salman Wan Salleh kepada Wakil Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan iaitu Tuan Syobirin Bin Abd Kadir, Tuan Mohd Fakri Bin Mazlan Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Pengkalan Chepa ,Tuan Yus Heary Bin Mahmud Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Bachok dan Tuan Mohd Adni Bin Ibrahim Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Jeli.

Penghargaan yang telah disampaikan kepada pihak BOMBA dari ketiga-tiga daerah yang menempatkan UMK iaitu di Bachok, Pengkalan Chepa dan Jeli adalah sebagai tanda penghargaan di atas kerjasama dan komitmen JBPM dalam memastikan proses sanitasi/nyahkuman kenderaan dan barangan pelajar bermula pada 30 april 2020 sehingga 20 mei 2020 yang melibatkan 10 kali proses sanitasi/nyahkuman sebelum memulakan perjalanan berjalan dengan lancar mengikut SOP yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Semoga dengan penghargaan ini  hubungan kerjasama strategik di antara UMK dengan pihak JBPM akan dapat diperkasakan dalam manifestasi aktiviti berkolaborasi latihan dan perundingan di masa yang akan datang. Kerjasama dan perhatian warga UMK dalam hal ini amatlah penting bagi memastikan semua warga UMK dalam keadaan SELAMAT & SIHAT.