TAKLIMAT BERKENAAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KERJA PEMBINAAN/ UBAH SUAI/ PENYELENGGARAAN

Pusat Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur (3PI) dengan kerjasama Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Pusat Pengurusan Persekitaran Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (CMeOSH) dan Bahagian Keselamatan telah mengambil langkah proaktif mengadakan satu taklimat berkenaan Garis Panduan Pelaksanaan Kerja Pembinaan/ Ubah Suai/ Penyelenggaraan pada 21 jun 2020 (Ahad) di Dewan Keusahawan Kampus Kota. Taklimat disampaikan oleh pengarah CMeOSH iaitu YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Rasdan Bin Ismail, Pengarah PKU YBrs. Dr. Aswan Bin Ismail dan Pengarah, Bahagian Keselamatan En. Wan Salman Bin Wan Salleh.

Taklimat ini selaras kepada penguatkuasaan Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, (Akta 342), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520), Akta Standard Minimum Perumahan Dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446), Garis Panduan Pengoperasian Universiti Malaysia Kelantan Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan Plan Respon Dan Kesiapsiagaan Bagi COVID-19 dan Penyakit Berjangkit Lain yang dikeluarkan oleh UMK.

Semoga dengan taklimat ini, pihak kontraktor Kerja Pembinaan/ Ubah Suai/ Penyelenggaraan dapat mematuhi  segala Akta, Perintah, SOP, dan Garis Panduan yang sedang berkuatkuasa bagi memastikan tiada penularan wabak COVID 19 di kalangan Kluster Kontraktor UMK. Kerjasama dan perhatian warga UMK dalam hal ini amatlah penting bagi memastikan semua warga UMK dalam keadaan SELAMAT & SIHAT.