HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL. 25/2020 (KALI KE-255) ''PERBINCANGAN PERANCANGAN PROGRAM JANGKAMASA PANJANG NIOSH@UMK''

8 Julai 2020 ( Rabu) – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Pusat Persekitaran Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (CMeOSH) telah mengadakan Sesi Perbincangan Awal bersama Encik  NorZaide Bin Ahmad Nordin (Ketua Pejabat Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Cawangan  Kelantan) berkenaan Perancangan program Jangkamasa Panjang NIOSH@UMK.

Perancangan program yang akan dijalankan berasaskan Memorandum Persefahaman (MOU) yang telah ditandatangani antara UMK & NIOSH pada Januari 2020 berpandukan  kepada kepakaran UMK dalam bidang Health Safety Environment (HSE), Noise Risk Assessor (NRA), Ergonomics and Higen Industri.

Perbincangan ini juga meliputi perancangan Sesi Ramah Mesra ke UMK oleh YB. Datuk Pengerusi NIOSH Malaysia iaitu YB Datuk Wilson Ugak Anak Kumbang bersama delegasi NIOSH yang dijadualkan pada 16 Julai 2020 (Khamis). Semoga perbincangan ini menjadi titik tolak gandingan NIOSH-UMK yang pertama di Malaysia melaksanakan program Noise Risk Assessment (NRA) dan seterusnya menerajui kecemerlangan OSH di Malaysia. Kerjasama dan perhatian warga UMK dalam hal ini amatlah penting bagi memastikan semua warga UMK dalam keadaan SELAMAT & SIHAT.