HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL. 26/2020 (KALI KE-256) ''SESI RAMAH MESRA DAN PERBINCANGAN BERSAMA YB. DATUK PENGERUSI NIOSH MALAYSIA BERKAITAN PROGRAM KEBERSAMAAN NIOSH@UMK BAGI MENCIPTA KECEMERLANGAN OSH DI MALAYSIA''

7 Julai 2020 (Jumaat) –  Universiti Malaysia  Kelantan melalui Pusat Pengurusan Persekitaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (CMeOSH) telah menerima kunjungan daripada Pengerusi NIOSH Malaysia, YB. Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong bersama delegasi NIOSH sempena Sesi Ramah Mesra dan Program Kebersamaan NIOSH @UMK Bagi Mencipta Kecemerlangan OSH di Malaysia. Sesi ramah mesra ini disambut oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) iaitu YBhg. Prof. Dr. Mohd Rafi Bin Yaacob dan Pengarah CMeOSH, YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Rasdan Ismail, delegasi UMK, Anak syarikat UMKBV serta Koperasi UMK Berhad di UMK Kampus Kota.

Sesi perbincangan ini merupakan kesinambungan Majlis Memorandum Persefahaman (MOU) yang dimeterai UMK@NIOSH pada 19 Januari 2020 yang ditandantangani oleh YBhg. Prof. Dato’ Ts. Noor Azizi Bin Ismail bersama YBrs. Tuan Haji Ayop Bin Salleh, Pengarah Eksekutif NIOSH Malaysia. Lawatan ini membincangkan perancangan aktiviti- aktiviti jangka masa panjang antara NIOSH dan UMK bagi meneruskan kesinambungan Kecemerlangan OSH di Malaysia dan sekaligus menjadikan Pusat Pengurusan Kecemerlangan Universiti yang pertama di Wilayah Pantai Timur dan di Malaysia yang menyediakan Latihan, Khidmat Perundingan dan Penyelidikan bagi industri dan komuniti dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Melalui kerjasama ini turut membuka peluang kepada Warga UMK dan NIOSH melaksanakan kolaborasi dalam bidang penyelidikan berkaitan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) selain menyumbang data, informasi dan kepakaran bagi tujuan penerbitan berkaitan KKP.

Semoga melalui perkongsian kepakaran dan idea di antara NIOSH dan UMK ini juga membolehkan lebih banyak kajian dan penyelesaian KKP yang efektif dibangunkan selaras dengan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan negara yang bertujuan untuk melindungi hak pekerja dalam persekitaran kerja yang selamat, sihat dan kondusif.