HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL. 28/2020 (KALI KE-257) ''KURSUS PERSEKITARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN''

Kursus Pengenalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah diadakan pada 20 Julai 2020 (Isnin) bertempat di UMK Kampus Jeli yang mana telah dihadiri lebih kurang 70 orang peserta dan dihadiri juga oleh Pengarah Kampus YBrs. Prof. Madya Dr. Aweng A/L Eh Rak . Penceramah kursus ini ialah YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Rasdan Bin Ismail Pengarah, Pusat Pengurusan Persekitaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (CMeOSH) dan dibantu oleh Encik Mohd Khalid Bin Ab Kadir @ Musa.

Penganjuran kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada warga UMK berkenaan kesedaran serta pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja bagi memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan diamalkan. Ini adalah selaras pematuhan kepada kehendak  Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan  1994 bagi memastikan semua organisasi mengambil berat tentang semua pekerja di tempat kerja dalam aspek Keselamatan dan Kesihatan serta memenuhi Kehendak Seksyen 15 (2) ( C ) bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan untuk memastikan setakat yang praktik keselamatan dan kesihatan pekerjaan semasa waktu bekerja.

Semoga warga UMK mendapat manfaat dan panduan serta pemahaman lebih jelas berkaitan pendedahan kepada bagaimana menaksir hazard dan menganalisis risiko yang berkaitan, yang mana ianya akan dapat memberikan pengukuran bagi sesuatu hazard yang telah dikenalpasti, seterusnya menyediakan kaedah bagi mengawal risiko berkaitan.

Justeru itu, ia juga dapat mempromosikan pembentukan BUDAYA KERJA SELAMAT bagi mencapai KEMALANGAN SIFAR di UMK serta meningkatkan kerjasama antara majikan dan pekerja berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Kerjasama dan perhatian warga UMK dalam hal ini amatlah penting bagi memastikan semua warga UMK dalam keadaan SELAMAT dan SIHAT.