HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL. 34/2020 (KALI KE-263) ''KAWALAN PENCEGAHAN COVID-19 DI UMK ''

Universiti Malaysia Kelantan menyedari risiko Pandemik COVID-19 dan memandang serius terhadap risiko kemasukan pelajar yang dijangka pada awal Oktober 2020. Retentan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Induk (JPKKPI) UMK Bil.03/2020 (Kali Ke-22) yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Naib Canselor dan Mesyuarat Pelarasan Tatacara Penguatkuasaan Pematuhan Kepada Peraturan, Garis Panduan Dan SOP Pencegahan Covid-19 Di Tempat Kerja (Dalam Kampus UMK ) dipengerusikan oleh Pengarah CMeOSH YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Rasdan Bin Ismail serta ahli daripada Pengarah Pusat Kesihatan Universiti, Pengarah Bahagian Keselamatan, Pusat Pembangunan Dan Pengurusan Infrastruktur, Pusat Pengurusan Strategik, Pejabat Pendaftar, Pusat komputeran Dan Informatik, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antrabangsa) dan Pejabat Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) yang telah dijalankan pada 5 Ogos 2020, 9 September 2020 dan 20 September 2020.

Hasil Mesyuarat tersebut, pihak pengurusan universiti dan Mesyuarat Pelarasan COVID-19  telah bersetuju  untuk membuat perolehan ‘UMK V-Integrated Screening System’ atau UMK- VISS menggunakan peruntukkan mengurus CMeOSH sebanyak 35 Unit akan ditempatkan kawasan yang dikenalpasti seperti dilampiran.

Peralatan ini akan diserahkan dan didaftarkan sepenuhnya dibawah kawalan PTj/ Fakulti yang terlibat sebagai pegawai yang bertanggungjawab. Segala inisiatif dan komitmen yang diambil oleh pengurusan tertinggi UMK dalam menangani Pandemik COVID-19 dapat membantu warga UMK berada dalam keadaan Sihat dan Selamat.