HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL. 35/2020 (KALI KE-264) '' LAWATAN TAPAK BAGI PEMASANGAN UMK-VISS DAN BARRICADE AREA SELARAS PEMATUHAN KEPADA SOP PENCEGAHAN COVID''

21-23 September 2020 : Universiti Malaysia Kelantan melalui Pasukan "Task Force" Penguatkuasaan Pematuhan SOP Pencegahan COVID – 19 yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Keselamatan dan ahli daripada Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Pusat Pembangunan Dan Pengurusan Infrastruktur (3PI), Pusat Pengurusan Persekitaran Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (CMeOSH) dan Ahli Jawatankuasa JPKKPI telah mengadakan lawatan dan pemeriksaan bagi mengenalpasti lokasi cadangan 34 penempatan strategik  “UMK V-Integrated Screening System(UMK-VISS)” melibatkan ketiga-tiga Kampus UMK.

Pemasangan UMK-VISS akan bermula pada 29 September 2020 (Selasa) di UMK Kampus Jeli, 30 September 2020 di UMK Bachok dan 1 November 2020 di Kampus Kota. UMK-VISS ini akan ditempatkan kawasan yang dikenalpasti dan diserahkan sepenuhnya pengoperasian aset di bawah kendalian kawalan setiap Fakulti/PTj  yang terlibat. Dilampirkan senarai penempatan UMK-VISS untuk rujukan warga UMK.

Mesyuarat Pelarasan Tatacara Penguatkuasaan Pematuhan Kepada Peraturan, Garis Panduan Dan SOP Pencegahan Covid-19 Di Tempat Kerja (Dalam Kampus UMK ) diurusetia oleh CMeOSH pada 5 Ogos 2020, 9 September 2020 dan 20 September 2020 dengan persetujuan YBhg. Dato Naib Canselor UMK telah memungkinkan pengadaan kawalan pencegahan COVID-19 di UMK ini melalui penggunaan UMK-VISS dengan perolehan oleh Pejabat Naib Canselor melalui CMeOSH UMK. Pengadaan UMK-VISS ini secara simbolik menunjukkan komitmen cukup tinggi Pengurusan Tertinggi UMK dalam mencegah penularan Pandemik COVID-19 di UMK terutamanya menjelang kemasukan pelajar prasiswazah UMK. Kerjasama dan perhatian warga UMK dalam hal ini amatlah penting bagi memastikan semua warga UMK dalam keadaan SELAMAT dan SIHAT.