HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL. 45/2020 (KALI KE-274 ) " AUDIT PENGAWASAN KALI PERTAMA PENSIJILAN ISO 45001:2018 SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OHSMS)"

Audit Pengawasan Persijilan Kali Pertama di Universiti Malaysia Kelantan melalui Pusat Pengurusan Persekitaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan(CMeOSH) yang dijalankan oleh NIOSH Certification Sdn Bhd (NCSB) pada 01-02 Disember 2020 telah bersetuju memperakukan kesinambungan pensijilan ISO 45001:2018 OHSMS UMK dengan “ZERO” Non-Confirmity Report (NCR).

Pasukan CMeOSH dan wakil JPKKP Induk UMK ingin merakamkan penghargaan buat YBhg. Prof. Dato’ Naib Canselor, semua YBhg. Prof. Timbalan Naib Canselor UMK terutamanya Y’ Bhg Prof TNC Penyelidikan Dan Inovasi yang telah mempengerusikan pembukaan dan penutupan Audit ini, semua pengurusan kanan UMK dan warga UMK di atas segala bantuan, sokongan dan dorongan dalam menjayakan kelangsungan Pensijilan ISO45001:2018 OHSMS di UMK melalui CMeOSH ini.

Semoga dengan pencapaian cemerlang berterusan ini menjadi pendorong dan semangat kepada warga UMK untuk terus cemerlang demi memastikan kesinambungan kecemerlangan EOSH di UMK ini dapat diteruskan dimasa-masa yang akan datang. Mohon kerjasama dan perhatian warga UMK dalam memastikan kita semua warga UMK sentiasa berasa dalam keadaan SELAMAT dan SIHAT.