HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL. 46/2020 (KALI KE-275 ) " PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) DI SEKTOR AWAM"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994, adalah untuk memastikan keselamatan, kesihatan & kebajikan orang yang sedang bekerja, melindungi orang di tempat kerja (selain daripada orang yang sedang bekerja) daripada bahaya, menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang yang sedang bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka, serta mengadakan suatu mekanisme ke arah satu sistem perundangan yang berasaskan kepada peraturan dan tata amalan industri.

Keperluan pengurusan KKP juga bertujuaan untuk memastikan sektor awam menyediakan sistem kerja selamat dengan melaksanakan kawalan-kawalan terhadap aktiviti yang berisiko di samping menyediakan persekitaran kerja yang sesuai bagi mengelak berlakunya kemalangan dan penyakit berkaitan pekerjaan di setiap organisasi.

Amalan terbaik adalah dengan melaksanakan sistem KKP di sektor awam dengan mengambil kira elemen-elemen seperti dilampiran. Semoga Warga UMK, dapat mempraktikkan amalan ini dalam memastikan tempat yang kondusif, selamat dan sihat.