HEBAHAN CAKNA BIL. 2/2021 (KALI KE-277) ''TUJUAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA''

Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Tujuan utama pemeriksaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja dilaksanakan adalah untuk pengenalpastian hazad, menganalisa keadaan dan perbuatan yang tidak selamat seterusnya mencadangkan kawalan pencegahan dan penambahbaikan selaras mematuhi Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Peraturan 12 , Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan).

Pelaksanaan pemeriksaan tempat kerja di UMK merupakan satu kewajipan Jawatankuasa Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PTj/Fakulti (JPKKP PTj/Fakulti). Pemeriksaan ini dilaksanakan dengan kekerapan 3 bulan sekali bagi menentukan jika terdapat apa-apa yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan pekerja dan juga orang awam. Tempat kerja yang baik adalah tempat yang yang dapat mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan harmoni serta selamat untuk semua pekerja.

Semoga semua warga UMK dapat memperolehi kebaikan dan manfaat daripada pelaksanaan pemeriksaan tempat kerja ini.