HEBAHAN CAKNA BIL. 3/2021 (KALI KE-278) ''FUNGSI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN''

Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994, Seksyen 30 mewajibkan setiap majikan yang mempunyai lebih daripada empat puluh (40) orang pekerja untuk menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di tempat kerja.

Di UMK, Jawatankuasa Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Induk (JPKKPI) ditubuhkan sejak tahun 2014 yang dipengerusikan oleh Pengurusan Tertinggi UMK iaitu YBhg. Prof. Dato’ Naib Canselor UMK.Manakala, ahli JPKKPI UMK adalah terdiri daripada 26 PTj/ Fakulti yang dilantik sebagai Wakil Majikan dan Wakil Pekerja selaras pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996.

Antara fungsi JPKKPI UMK adalah untuk;
• Membantu majikan dalam memastikan keselamatan dan kesihatan para pekerja berada keadaan selamat dan sihat,
• Memperkemaskan peraturan keselamatan dan kesihatan serta sistem kerja selamat
• Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan
• Melakukan penyiasatan ke atas trend kemalangan
• Mengkaji semula dan memberi cadangan ke atas dasar keselamatan dan kesihatan.  

Justeru itu, semoga JPKKPI UMK dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat PTj/ Fakulti dapat memberi kerjasama yang baik bagi memastikan warga UMK dalam keadaan SELAMAT dan SIHAT.