HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL. 1/2021 (KALI KE-276 ) ''TAKWIM CMeOSH BAGI MESYUARAT JPKKPI, KURSUS PKKP DAN PEMERIKSAAN TEMPAT KERJA DAN FAIL PKKP BAGI TAHUN 2021''

Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.        Sukacita bersama-sama ini dilampirkan Takwim CMeOSH bagi Mesyuarat Jawatankuasa Persekitaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Induk (JPKKPI) UMK, Kursus-kursus Persekitaran, Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP) dan Pemeriksaan Tempat Kerja dan Fail PKKP bagi  tahun 2021 untuk perhatian dan makluman warga UMK.

3.        Semoga makluman ini dapat membantu PTj/ Fakulti dalam mengatur sebarang aktiviti PKKP sepanjang tahun 2021. Sebarang perubahan tarikh yang dicadangkan pada kalendar takwim adalah tertakluk kepada perubahan semasa. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, boleh emel kepada cmeosh@umk.edu.my.

Segala kerjasama dan perhatian warga UMK dalam hal ini amatlah penting bagi memastikan semua warga UMK dalam keadaan SELAMAT dan SIHAT.