HEBAHAN CAKNA BIL. 4/2021 (KALI KE-279) ''PEMERIKSAAN TEMPAT KERJA DAN FAIL PERSEKITARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PTj/ FAKULTI SECARA KENDIRI DALAM NORMA BAHARU''

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Susulan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia umumnya dan Negeri Kelantan, Pemeriksaan Tempat kerja dan Fail Persekitaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PTj/ Fakulti akan dilaksanakan secara kendiri merujuk kepada Garis Panduan Pemeriksaan Persekitaran, Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (GOSH/UMK/CMEOSH/03-04-2019) (Prosedur Pemeriksaan PKKP Tempat Kerja Secara Kendiri). 

Pemeriksaan Tempat kerja dan Fail Persekitaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP) PTj/ Fakulti secara kendiri akan melibatkan 26 PTj/ Fakulti. Kriteria pemarkahan bagi  Pemeriksaan Tempat Kerja Dan Fail PKKP adalah seperti carta alir dibawah. 

Tujuan pemeriksaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja dilaksanakan adalah untuk pengenalpastian hazad, menganalisa keadaan dan perbuatan yang tidak selamat seterusnya mencadangkan kawalan pencegahan dan penambahbaikan selaras mematuhi Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Peraturan 12 , Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan).

Semoga JPKKPI UMK  dan  JPKKP Peringkat PTj/ Fakulti dapat memberi kerjasama dan komitmen yang baik bagi memastikan perjalanan pemeriksaan tempat kerja dan fail PKKP secara kendiri berjalan dengan lancar bagi memastikan warga UMK dalam keadaan SELAMAT dan SIHAT.