HEBAHAN CAKNA BIL. 5/2021 (KALI KE-280) ''TUJUAN DAN KEPENTINGAN MELAKSANAKAN HIRAO DI TEMPAT KERJA"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

HEBAHAN CAKNA BIL. 5/2021 (KALI KE-280) ''TUJUAN DAN KEPENTINGAN MELAKSANAKAN HIRAO DI TEMPAT KERJA"

Pengenalpastian Hazad, Penilaian Risiko dan Peluang (HIRAO) telah menjadi amat penting dalam amalan untuk merancang, mengurus dan melaksanakan sesuatu operasi sesebuah organisasi sebagai perkara asas kepada pengurusan risiko.

Selaras pematuhan kepada Garis Panduan di bawah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia dan ISO45001:2018 (Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan), CMeOSH telah membangunkan Garis Panduan HIRAO untuk digunapakai kepada semua PTj/ Fakulti bagi menerangkan kaedah pelaksanaan HIRAO di setiap tempat kerja.Tujuan HIRAO dilaksanakan adalah untuk;

  • Mengenalpasti hazad bagi setiap aktiviti kerja untuk mencari kemungkinan terdapatnya hazad dan kemalangan yang mungkin berlaku
  • Menganalisis dan menaksir risiko yang berkaitan dengannya 
  • Membuat pertimbangan hasil daripada nilai risiko yang diperolehi akan menentukan kesan yang memberi peluang positif ataupun negatif serta menentukan kaedah kawalan

Bersama – sama ini disertakan Garis Panduan dan borang HIRAO untuk rujukan dan perhatian warga UMK. Semoga semua warga UMK dapat mempraktikkan dan memperolehi kebaikan serta manfaat daripada pelaksanaan HIRAO ini di tempat kerja masing – masing.