HEBAHAN CAKNA BIL. 6/2021 (KALI KE-281) ''APA PERANAN PASUKAN TINDAKAN KECEMASAN (ERT)''

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Pasukan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Team) merupakan satu pasukan dalaman yang ditubuhkan di sesebuah organisasi dalam usaha memantau berkaitan pencegahan dan keselamatan kebakaran. Penubuhan Pasukan ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OSHA) yang memastikan setiap premis yang mempunyai lebih daripada 40 orang pekerja perlu menubuhkan/ mengadakan satu pasukan yang bertanggungjawab terhadap aspek-aspek keselamatan dan kebakaran dan kesihatan pekerjaan.

Keselamatan kebakaran adalah satu aspek yang amat penting dan memerlukan kerjasama semua pihak. Penekanan terhadap keselamatan kebakaran bagi sesebuah premis/ bangunan adalah berasaskan kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta struktur bangunan itu sendiri. Objektif keselamatan kebakaran adalah untuk menjamin keselamatan nyawa, melindungi harta benda dan menjamin keselamatan pasukan penyelamat. Antara peranan pasukan tindakan kecemasan (ERT) adalah seperti berikut:

  • Sebagai first responder dalam memastikan tindakan awal dapat diambil bagi mengawal dan memadam kebakaran di peringkat permulaan.
  • Mengenalpasti, merancang dan memantau aspek-aspek pencegahan serta tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan bagi menghindarkan bahaya-bahaya kebakaran.
  • Mengadakan peraturan-peraturan keselamatan dan melaksanakan setiap peraturan tersebut melalui latihan dan pemantauan.
  • Membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan memberi bantuan dan khidmat kemanusiaan dalam apa jua keadaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat sekiranya berlaku sesuatu insiden dalam premis berkenaan.
  • Memastikan peralatan pencegahan kebakaran yang sedia ada di premis dibuat penyelenggaran secara berkala.

Dengan ini, pihak CMeoSH berharap PTj/ Fakulti dapat mengerakkan Pasukan ERT PTj/ Fakulti UMK  bagi memastikan persekitaran tempat kerja dalam keadaan SELAMAT dan SIHAT.