HEBAHAN CAKNA BIL.9/2021 (KALI KE-284) ''VERIFIKASI PEMERIKSAAN TEMPAT KERJA DAN FAIL PKKP PTJ/ FAKULTI DI UMK BACHOK "

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Pemeriksaan Tempat Kerja Dan Fail Persekitaran Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Pusat Tanggungjawab Dan Fakulti UMK Bachok secara kendiri telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa PKKP (safety comittee) PTj/ Fakulti masing- masing bermula 09 Februari 2021 (Selasa) sehingga 17 Februari 2021 (Rabu).

Hasil daripada laporan pemeriksaan tempat kerja dan fail PKKP secara kendiri tersebut, pihak Pusat Pengurusan Persekitaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (CMeOSH) telah mengadakan  Verifikasi Pemeriksaan  Tempat Kerja Dan Fail PKKP PTj/ Fakulti  di UMK Bachok pada 21 Februari 2021 (Ahad) sehingga 01 Mac 2021 (Ahad).

Penghargaan kepada ahli jawatankuasa Jawatankuasa PKKP (safety comittee) yang terlibat dalam memastikan memastikan perjalanan pemeriksaan tempat kerja dan fail PKKP secara kendiri berjalan dengan lancar selaras mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan (AKKP 1994) Seksyen 15 (2) (d) setakat yang praktik, berkenaan dengan mana-mana tempat kerja di bawah kawalan majikan penyenggaraanya dalam keadaan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan dan pengadaan dan penyenggaraan cara masuk ke dalamnya dan keluar darinya yang selamat dan tanpa risiko sedemikian.

Semoga dengan komitmen dan  semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh safety committee PKKP PTj/ Fakulti ini seperti ini dapat menjadikan UMK sebagai contoh kepada unversiti lain dalam pengurusan KKP di tempat kerja. Kerjasama dan perhatian warga UMK dalam hal ini amatlah penting bagi memastikan semua warga UMK dalam keadaan SELAMAT dan SIHAT.