HEBAHAN CAKNA BIL.10/2021 (KALI KE-285) ''KILANG SARUNG TANGAN DITAHAN OPERASI KELENGKAPAN ATAS KESALAHAN MELEPASKAN EFLUEN TIDAK TERAWAT "

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

6 Mac 2021, KULIM -  Sebuah kilang sarung tangan telah ditahan operasi kelengkapan kerana melakukan kesalahan melepaskan efluen tidak terawat ke longkang awam dalam Ops Teras yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Kulim di Kawasan Industri Kulim malam tadi.

Operasi dan rondaan yang bermula dari jam 9.30 malam hingga jam 4 pagi tersebut turut disertai oleh Ketua Pengarah Alam Sekitar, Puan Norlin Jaafar, Timbalan Ketua pengarah Operasi JAS dan Pengarah penguatkuasa JAS, Pengarah Pentadbiran JAS serta pegawai-pegawai kanan JAS ibu pejabat dan JAS Negeri Kedah.

Bagi pengoperasian pentadbiran , pembelajaran dan pengajaran (P&P) di UMK, terdapat beberapa PTj/ Fakulti yang menjadi pengeluar buangan terjadual bagi buangan yang termasuk dalam kategori Jadual Pertama Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Oleh itu, pengurusan pengendalian buangan terjadual ini mestilah mematuhi Akta, Garispanduan, Kaedah atau Perintah yang telah dikuatkuasakan di bawah Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Seksyen 34B(4)  Mana- mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua – duanya.

Justeru itu, pihak CMeOSH berharap semua pengurusan Fakulti/PTj dan warga UMK dapat mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku seterusnya mematuhi perundangan yang telah ditetapkan bagi memastikan kawasan tempat kerja di UMK SELAMAT dan SIHAT.