HEBAHAN CAKNA BIL.11/2021 (KALI KE-286) ''KURSUS PENGENALAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN BERFOKUS KEPADA STAF TEKNIKAL 3PI''

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Kursus Pengenalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP) berfokus kepada staf teknikal 3PI  telah diadakan pada 08 Mac 2021 (Isnin ) bertempat di Bilik Seminar 2, Aras 2 Pejabat Pendaftar, Bangunan Canselori yang mana telah dihadiri oleh 32 orang peserta daripada staf teknikal Pusat Pembangunan Dan Pengurusan Infrastruktur (3PI). Penceramah kursus ini ialah YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Rasdan Bin Ismail, Pengarah CMeOSH dan staf CMeOSH sebagai fasilitator.

Atas arahan Pengarah 3PI, Prof. Rosli, bagi memastikan penguatkuasaan dalam aspek KKP di pantau secara holistik oleh PTj (3PI) yang melantik kontraktor pembinaan, selenggaraaan dan perkhidmatan, kursus PKKP yang diadakan kali ini lebih berfokuskan kepada kerja – kerja teknikal dan pengurusan projek di tapak bina dan kerja-kerja Penyelenggaraan serta kerja perkhidmatan lain. Peserta diberi pendedahan dan pengetahuan bagi memahami perundangan dan kesedaran berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta praktikal kepada Pengenalpastian Hazad, Penilaian Risiko dan Peluang (HIRAO). Ini juga selaras pematuhan kepada kehendak  Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 Seksyen 15 (2) ( C ) untuk menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan untuk memastikan setakat yang praktik keselamatan dan kesihatan pekerjaan semasa waktu bekerja dan ISO 45001:2018 (Sistem Pengurusan KKP) OHSMS.

Semoga dengan adanya kursus KKP seperti ini, dapat memberikan manfaat dan panduan serta pemahaman lebih jelas berkaitan perundangan KKP di tempat kerja khususnya di UMK. Justeru itu, ia juga dapat mempromosikan pembentukan BUDAYA KERJA SELAMAT bagi mencapai KEMALANGAN SIFAR di UMK serta meningkatkan kerjasama antara majikan dan pekerja. Kerjasama dan perhatian warga UMK dalam hal ini amatlah penting bagi memastikan semua warga UMK dalam keadaan SELAMAT dan SIHAT.