HEBAHAN CAKNA BIL.13/2021 (KALI KE-288) ''PERKONGSIAN INSIDEN KREN GANTRI JATUH DI TAPAK PEMBINAAN''

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

KUALA LUMPUR, 24 Mac 2021: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) memulakan siasatan terperinci terhadap insiden kren gantri jatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Persiaran Alam Damai. Ketua Pengarah JKKP, Zailee Dollah, berkata siasatan tapak insiden sudah diserahkan kepada pihak JKKP selepas kerja mengeluarkan mayat mangsa terakhir selesai.

Media melaporkan lima buruh asing dan seorang lelaki warga tempatan terbabit dalam kejadian tersebut. Tiga mangsa warga China maut apabila kren gantri di lebuh raya berkenaan jatuh yang mana dua buruh asing maut terjatuh dari ketinggian 40 meter, seorang maut kerana tersepit pada struktur besi manakala dua lagi terselamat. Pemandu kereta Perodua Bezza, Low Zy Jing, 33, yang ditimpa komponen kren gantri itu cedera pada leher dan mendapat rawatan di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz.

Semoga dengan kejadian ini, dapat memberikan pengajaran dan iktibar agar kejadian ini tidak berlaku di Organisasi kita.Bersama ini dilampirkan keratan akhbar untuk makluman dan perhatian bagi memastikan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan warga UMK dalam keadaan SELAMAT dan SIHAT.