HEBAHAN CAKNA BIL.14/2021 (KALI KE-289) UCAPTAMA BERTAJUK "THERMAL IMPLICATIONS TO HUMAN: SCENARIO TO HUMAN HEALTH AND SAFETY'' DI 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE IN THERMAL SCIENCES AND FLUIDS FLOW 2021 (ICTSFF2021)"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Pada 3 April 2021 (Sabtu) , Universiti Malaysia Kelantan melalui Pengarah, Pusat Pengurusan Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (CMeOSH) iaitu Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Rasdan Ismail telah dijemput sebagai Pengucaptama bertajuk Thermal Implications to Human: Scenario to Human Health and Safety di  2nd International Conference on Technology, Engineering and Sciences 2021 (ICTES 2021) dan 2nd International Conference in Thermal Sciences and Fluids Flow 2021 (ICTSFF 2021).

Persidangan yang dihadiri oleh penyelidik-penyelidik ini bertujuan untuk menyediakan platform ilmiah kepada para peserta bagi berkongsi pengetahuan dan maklumat terkini iaitu merangkumi bidang teknologi, kejuruteraan dan sains terutamanya dalam bidang sains termal.

Ucaptama ini melibatkan perkongsian pengalaman dan pengetahuan lebih 15 tahun berkaitan dengan implikasi termal kepada fisiologi dan psikologi manusia yang telah dikumpul dan diperolehi melalui cerapan penyelidikan sebenar melibatkan triangulasi dapatan persepsi manusia, eksperimentasi dan simulasi termal berkomputer terhadap manusia dalam persekitaran kerja beriklim Tropika di Malaysia.

Semoga dengan perkongsian ini, diharapkan dapat memperkukuhkan jenama cemerlang UMK bukan sahaja dari segi amalan dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) tetapi juga dalam penyelidikan dan perundingan OSH. Mudah-mudahan jenama cemerlang UMK dalam OSH ini dapat meneruskan kepercayaan industri dan masyarakat dalam membina hubungan strategik dengan UMK di masa yang akan datang dan sekaligus mempromosikan pembentukan BUDAYA KERJA SELAMAT dan SIHAT di seluruh Malaysia dan antarabangsa.