HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL.15/2021 (KALI KE-290) “KURSUS PENILAIAN RISIKO KIMIA KE ATAS KESIHATAN (CHEMICAL HEALTH RISK ASSESSMENT) BERFOKUS KEPADA STAF YANG MENGENDALIKAN BAHAN KIMIA DI UMK”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Kursus Penilaian Risiko Kimia Ke Atas Kesihatan (Chemical Health Risk Assessment) berfokus kepada staf yang mengendalikan bahan kimia di UMK iaitu pegawai sains dan pembantu makmal telah diadakan pada 11 April 2021 (Ahad) bertempat di Bilik Seminar 2, Aras 2, Bangunan Canselori. Kursus ini telah dihadiri oleh 22 orang peserta dan penceramah kursus ini adalah YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Rasdan bin Ismail (Pengarah CMeOSH), YBrs. Chm. Ts. Dr. Noor Syuhadah binti Subki (Pakar Higen Kimia JPKKPI, FSB) dan Pn. Norhidayu binti Noruddin (Pegawai Sains CMeOSH).  

Dengan menghadiri kursus ini, peserta diberi pendedahan dan pengetahuan berkaitan perundangan untuk memastikan aspek persekitaran, keselamatan dan kesihatan pekerjaan (PKKP) dititikberat serta dipantau secara holistik oleh Fakulti khususnya bagi pengendalian bahan kimia. Selain itu, kursus ini juga diadakan untuk memberi pengetahuan kepada pengendali bahan kimia dalam mengenalpasti, menilai dan mengawal segala risiko kesihatan yang terhasil dari aktiviti pekerjaan sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 (Peraturan USECHH) dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Peraturan – Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Semoga dengan adanya kursus CHRA seperti ini, dapat memberikan manfaat dan panduan serta pemahaman lebih jelas berkaitan pengedalian bahan kimia di tempat kerja. Justeru itu, ia juga dapat mempromosikan pembentukan BUDAYA KERJA SELAMAT bagi mencapai KEMALANGAN SIFAR di UMK serta meningkatkan kerjasama antara majikan dan pekerja. Kerjasama dan perhatian warga UMK dalam hal ini amatlah penting bagi memastikan semua warga UMK dalam keadaan SELAMAT dan SIHAT.