HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL.16/2021 (KALI KE-291) “MESYUARAT JAWATANKUASA PERSEKITARAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN INDUK (JPKKPI) UMK BIL.02/2021 (KALI KE-25)’’

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Mesyuarat Jawatankuasa Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Induk (JPKKPI) UMK Bil.02/2021 (Kali Ke-25) berlangsung secara atas talian melalui platform ”Google Meet” pada 19 April 2021 (Isnin).  Mesyuarat JPKKPI UMK Bil.02/2021 (Kali Ke-25) yang dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dato' Naib Canselor telah bersidang dengan jayanya dengan kehadiran 99% ahli JPKKPI UMK.  

Mesyuarat ini membincangkan isu-isu persekitaran, keselamatan dan kesihatan pekerjaan di UMK khususnya selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peraturan 21 (1) sesuatu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu setara dengan risiko yang menyertai jenis kerja tetapi hendaklah sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sekali dan ianya selari dengan pematuhan penarafan pensijilan ISO 45001:2018 bagi Sistem Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (OHSMS) di UMK.

Sehubungan dengan itu,  Pusat Pengurusan Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (CMeOSH) selaku sekretariat ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli JPKKPI kerana menunjukkan komitmen untuk memastikan amalan budaya kerja yang terbaik dilaksanakan dan dipraktikan di UMK.

Semoga dengan semangat dan komitmen yang istiqamah seperti ini dapat diteruskan demi membudayakan aspek KKP dalam kalangan warga UMK seterusnya memastikan warga UMK berada dalam keadaan Selamat dan Sihat.