HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL.17/2021 (KALI KE-292) “UMK MENTOR PROGRAM SOHELP DIY DI IPG KOTA BHARU”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Universiti Malaysia Kelantan melalui Pusat Pengurusan Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (CMeOSH) telah menyertai Systematic Occupational Health Enhancement Level Program (SOHELP) anjuran Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia dari tahun 2017 sehingga 2019 (Fasa I hingga Fasa III) di Fakulti Sains Bumi (Aras 3), Fakulti Teknologi dan Warisan (Aras 5) dan Fakulti Perubatan Veterinar ( Aras 5) serta dinobatkan sebagai Tempat Kerja Terbaik di Negeri Kelantan untuk kali ke-3 berturut- turut oleh JKKP Negeri Kelantan.

Bermula tahun 2020, JKKP Malaysia telah memperkenalkan Systematic Occupational Health Enhancement Level Program Do It Yourself (SOHELP DIY) yang merupakan penambahbaikan kepada SOHELP. Oleh itu, dengan kejayaan yang dicapai oleh CMeOSH UMK, pihak JKKP Malaysia telah meminta pihak CMeOSH UMK untuk menyertai SOHELP DIY bagi Kategori 1(telah menyertai SOHELP Fasa I dan Fasa II dan memperolehi Aras 4 / 5) dan bertindak sebagai mentor dan mempunyai mentee bagi pengurusan KKP di tempat kerja.

Rentetan itu, Institut Perguruan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB) telah dipilih sebagai mentee (enabler) dan CMeOSH UMK sebagai mentor (verifier) bagi SOHELP DIY yang akan dilaksanakan bermula April 2021 sehingga Mac 2022.

Taklimat Khas Program SOHELP DIY telah diadakan pada 22 April 2021 (Khamis) secara atas talian kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan IPGKKB bagi menerangkan langkah – langkah dan tindakan yang perlu dilaksanakan oleh IPGKKB (mentee / enabler) dan dibantu serta dipantau oleh CMeOSH UMK (mentee / verifier) bagi memenuhi semua keperluan yang ditetapkan Program SOHELP DIY berpandukan kepada tiga (3) checkpoint iaitu Pengurusan Pendedahan Bising, Pengurusan Bahan Kimia dan Pengurusan Ergonomik.

Semoga dengan perkongsian ini, diharapkan dapat memperkukuhkan jenama cemerlang UMK dalam bidang KKP seterusnya memperoleh kepercayaan industri dan masyarakat dalam membina hubungan strategik dengan UMK di masa yang akan datang, sekaligus mempromosikan pembentukan BUDAYA KERJA SELAMAT dan SIHAT di seluruh Malaysia dan antarabangsa.