HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL.21/2021 (KALI KE-296)’’ 'PROSES DISINFEKSI OLEH BOMBA BAGI SEPANJANG OPS HANTAR PULANG PELAJAR KE KAMPUNG HALAMAN SEMPENA CUTI PERAYAAN’’

Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Ops Hantar Pelajar UMK pulang ke Kampung Halaman sempena cuti perayaan telah dijalankan pada 07 Mei 2021, 09 Mei 2021 dan 16 Mei 2021. Pihak Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) serta Pusat Pembangunan Dan Pengurusan Infrastruktur (3PI) meminta kerjasama Pusat Pengurusan Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (CMeOSH) untuk memastikan proses sanitasi dijalankan ke atas bas yang membawa pulang pelajar.  Semangat dan langkah proaktif  pihak CMeOSH memulakan komunikasi bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan menyelia kerja sanitasi/ nyahkuman bas dan bagasi  pelajar di Universiti Malaysia Kelantan, UMK Bachok.


Pada 09 Mei 2021, proses sanitasi ini dilaksanakan bermula jam 08.30 pagi sehingga selesai yang mana melibatkan 3 buah bas. Manakala 16 Mei 2021, proses sanitasi telah dilaksanakan bermula jam 6.00 petang yang melibatkan 3 buah bas. Kerja disinfeksi/ nyahkuman dijalankan mengikut keperluan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Penghantaran Pulang Pelajar-Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Ke Kampung Halaman (Menggunakan Bas) seperti yang digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
 
Syabas diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Razli Bin Che Razak Timbalan Naib Canselor (HEPA) UMK yang memimpin pasukan Pejabat Hal Ehwal Pelajar UMK dalam memastikan operasi penghantaran pelajar berjalan dengan lancar dengan pematuhan sepenuhnya kepada langkah pencegahan COVID-19 termasuk saringan kesihatan dan penjarakan fizikal pelajar.
 

Semoga dengan langkah yang diambil ini, dapat mencegah penularan COVID-19 semasa tempoh membawa pulang pelajar. CMeOSH juga sentiasa komited dalam memastikan proses sanitasi/ nyahkuman bagi operasi ini berjalan seperti yang dijadualkan dengan kerjasama penuh dari JBPM bagi memastikan pematuhan SOP serta semua pelajar tiba ke destinasi masing-masing dengan SELAMAT dan SIHAT.