HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL.22/2021 (KALI KE-297) ’’LETUPAN MESIN DANDANG’’

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

IPOH, 18 Mei 2021- Insiden mesin dandang meletup di kilang pemprosesan batu kuari di Tapah telah mencederakan tiga pekerja. Pengusaha kilang akan dikenakan tindakan undang-undang jika didapati bersalah melanggar Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, kata Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak.

Pengarahnya Ir Zamzurin Maarof berkata kejadian seumpama itu boleh dielakkan sekiranya majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC).

Bagi mengelakkan berlakunya insiden seumpama ini di UMK, pihak CMeOSH secara holistik memastikan kesedaran kepada warga UMK dalam menyediakan latihan berkaitan Keselamatan dan Kesihatan serta melaksanakan pengenalpastian hazard, penilaian risiko dan penilaian peluang (HIRAO). Ia juga selaras kepada pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Seksyen 15 (b) pembuatan perkiraan bagi menjamin, setakat yang praktik, keselamatan dan ketiadaan risiko kepada kesihatan berkaitan dengan penggunaan atau pengendalian, penanganan, penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan .

Justeru itu, pihak CMeOSH berharap semua pengurusan Fakulti/ PTj dan warga UMK dapat mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku seterusnya mematuhi perundangan yang telah ditetapkan bagi memastikan kawasan tempat kerja di UMK SELAMAT dan SIHAT.

 

#Sumber rujukan https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1962713