HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL.23/2021 (KALI KE-298) ’’ KEPENTINGAN PENGURUSAN ERGONOMIK BEKERJA DI RUMAH''

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Pandemik Covid-19 yang menular ke seluruh dunia mengubah banyak perkara serta sekali gus mewujudkan kebiasaan baharu dalam kehidupan antaranya cara kita bekerja. Sejurus kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ataupun Total Lockdown keadaan itu berubah apabila banyak tempat kerja mengambil pendekatan bekerja dari rumah bagi mencegah penularan pandemik ini.

Bekerja dari rumah perlu penyediaan stesen kerja yang sesuai dan penting untuk mengelakkan masalah berkaitan ergonomik. Bermula dengan pemilihan meja dan kerusi yang selesa, kedudukan serta paras komputer/ laptop juga perlu diberi perhatian. Faktor lain juga perlu dititikberatkan ketika bekerja dari rumah, seperti pengudaraan yang baik, pencahayaan secukupnya, keselesaan suhu dan bunyi bising di persekitaran kerja. Berehat seketika untuk memberi kelegaan kepada badan dan mata juga perlu diamalkan, di samping senaman ringan antara waktu bekerja.

Sehubungan itu, dilampirkan perkongsian video pendek Kursus Ergonomik yang diadakan pada 26 April 2021 oleh Universiti Malaysia Kelantan melalui Pusat Pengurusan Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (CMeOSH) selaras kepada mematuhi Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, iaitu berkenaan tanggungjawab am majikan dan orang yang bekerja sendiri terhadap pekerjanya untuk memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan ketika bekerja.

Semoga Warga UMK dapat bekerja dari rumah dengan amalan ergonomik yang baik, kondusif dan postur badan yang betul supaya produktiviti tidak terjejas akibat masalah ergonomik. Kerjasama dan perhatian warga UMK dalam hal ini amatlah penting bagi memastikan semua warga UMK dalam keadaan SELAMAT dan SIHAT.

Sumber rujukan  https://www.hmetro.com.my/WM/2021/01/668429/pentingnya-pengurusan-ergonomik dan rangkuman video pendek Kursus Ergonomik anjuran Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (HRD) dengan kerjasama CMeOSH UMK pada 26 April 2021.