HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL.24/2021 (KALI KE-299) ’'SIASATAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA''

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

20 Jun 2021- KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) memulakan siasatan berhubung kejadian perancah besi digunakan dalam pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) runtuh. Keruntuhan tersebut melibatkan dua mangsa berusia lingkungan 20-an dan 40-an cedera selepas terkena serpihan batu konkrit dan kerangka besi di lokasi kejadian.

Ketua Pengarahnya, Ir Zailee Dollah, berkata siasatan merangkumi aspek teknikal bagi mengenal pasti punca kejadian yang mengakibatkan dua pekerja warga Bangladesh cedera. Persoalan sama ada insiden itu berlaku kerana kontraktor atau syarikat pembinaan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan masih disiasat.

Di UMK, siasatan dalaman bagi kejadian kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan dan penyakit pekerjaan juga dipraktikkan dengan penubuhan jawatankuasa dalaman dan pihak yang terlibat bagi mengenal pasti punca dan mencadangkan langkah kawalan yang sesuai. Siasatan dalaman dilaksanakan selaras mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Kilang dan Jentera 1967 serta Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Antara siasatan dalaman yang telah dilaksanakan adalah Keruntuhan Wakaf Di Kampus Jeli pada 18 Julai 2015, kejadian “Pilling Machine” tumbang di Tapak Pembinaan Bangunan Canselori dan Gunasama UMK Kampus Bachok pada 26 Disember 2015 dan lain-lain.

Semoga dengan kejadian ini, dapat memberikan pengajaran dan iktibar agar kejadian ini tidak berlaku di Organisasi kita. Bersama ini dilampirkan keratan akhbar untuk makluman dan perhatian bagi memastikan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan warga UMK dalam keadaan SELAMAT dan SIHAT.

Sumber rujukan https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/830026/jkkp-siasat-kes-perancah-besi-lebuh-raya-dash-runtuh