HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL.26/2021 (KALI KE-301) ‘’PELAKSANAAN REVERSE PARKING DI UMK’’

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Merujuk kepada Mesyuarat Pelarasan Pelaksanaan Reverse Parking UMK yang telah diadakan pada 01 Jun 2021 (Bil.01/2021), 10 Jun 2021 (Bil.02/2021), 17 Jun 2021  (Bil.03/2021),24 Jun 2021 (Bil. 04/2021), Perbincangan Task Force Pelaksanaan Amalan  Reverse Parking UMK pada 03 Jun 2021 (Bil.01/2021), , 09 Jun  2021 (Bil.02/2021), 16 Jun 2021 (Bil.03/2021 dan 23 Jun 2021 (Bil.04/2021) serta  Edaran Pekeliling Petadbiran  Bil. 25/2021 Pelaksanaan Dan Penguatkuasaan Kompaun Bagi Amalan ‘Reverse Parking’ Di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) adalah berkaitan.

Untuk makluman YBhg. Prof. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, Universiti Malaysia Kelantan akan melaksanakan amalan reverse parking seperti mana yang telah dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil. 9/2021 yang telah bersidang pada 23 Mei 2021. Pelaksanaan amalan reverse parking di UMK akan berkuatkuasa seperti berikut;
 

• 01 Julai 2021 – Penguatkuasaan amalan reverse parking diperkenalkan dan dihebah kepada staf UMK tanpa kompaun dikenakan;

• 01 Ogos 2021 – Ketidakpatuhan amalan dipantau melalui penguatkuasaan kunci tayar tanpa kompaun dikenakan; dan

• 01 September 2019 - Ketidakpatuhan amalan akan dikenakan kompaun maksimum sehingga RM50.00 sebagaimana Peraturan UMK (Lalu Lintas) 2013.


Sehubungan itu, pihak CMeOSH berharap semoga warga UMK dapat membudayakan dan menerapkan amalan ini bagi memastikan pembudayaan reverse parking sebagai satu amalan harian sepanjang berada dalam kampus UMK. Kerjasama dan perhatian warga UMK dalam hal ini amatlah penting bagi memastikan semua warga UMK dalam keadaan SELAMAT dan SIHAT.