HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL.27/2021 (KALI KE-302) ‘’ KEPERLUAN PENAKSIRAN RISIKO KEPADA KESIHATAN TERHADAP BAHAN KIMIA YANG DIGUNAKAN DI TEMPAT KERJA ’’

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

RALAT TAJUK: HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL.27/2021 (KALI KE-302) ‘’ KEPERLUAN PENAKSIRAN RISIKO KEPADA KESIHATAN TERHADAP BAHAN KIMIA YANG DIGUNAKAN DI TEMPAT KERJA ’’

Selaras dengan pematuhuan di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan danStandard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 (1) seseorang majikan tidak boleh menjalankan apa-apa kerja yang boleh mendedahkan atau mungkin mendedahkan mana-mana pekerja kepada apa-apa bahan kimia berbahaya kepada kesihatan melainkan jika dia telah membuat penaksiran bertulis mengenai risiko yang terhasil daripada bahan kimia itu kepada kesihatan pekerja.  

Di UMK, penggunaan bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan digunakan di makmal - makmal bagi proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di fakulti - fakulti berkaitan sains. Oleh itu,  antara tujuan penaksiran risiko kepada kesihatan terhadap bahan kimia yang digunakan adalah untuk;
 

  • Mengenalpasti kemungkinan risiko kepada seseorang pekerja akibat daripada pendedahan kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan;
  • Mengetahui kaedah dan tatacara yang diterima pakai dalam penggunaan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan;
  • Mengenalpasti sifat bahaya kepada kesihatan dan mengetahui tahap pendedahan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan;
  • Mengetahui risiko kepada kesihatan yang terhasil daripada penggunaan dan pelepasan bahan kimia daripada proses kerja;
  • Mengenalpasti langkah-langkah dan tatacara yang dikehendaki untuk mengawal pendedahan seseorang pekerja kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan; dan
  • Mengenalpasti keperluan program pemantauan pendedahan pekerja, progran pengawasan kesihatan;

Sehubungan itu, penaksiran risiko terhadap bahan kimia yang digunakan ditempat kerja hendaklah dijalankan untuk mengenalpasti, menilai dan mengawal sebarang risiko yang berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan penggunaan bahan kimi selaras dengan pematuhuan di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 (1) seseorang majikan tidak boleh menjalankan apa-apa kerja yang boleh mendedahkan atau mungkin mendedahkan mana-mana pekerja kepada apa-apa bahan kimia berbahaya kepada kesihatan melainkan jika dia telah membuat penaksiran bertulis mengenai risiko yang terhasil daripada bahan kimia itu kepada kesihatan pekerja.  

Semoga Warga UMK dapat memahami kepentingan kepada penggunaan bahan kimia agar dapat mengurangkan risiko terhadap kesihatan pekerja disebabkan oleh pendedahan bahan kimia berbahaya. Kerjasama dan perhatian warga UMK dalam hal ini amatlah penting bagi memastikan semua warga UMK dalam keadaan SELAMAT dan SIHAT.

Rujukan :

1. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Peraturan- Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000.

2. http://www.myhealth.gov.my/penaksiran-risiko-bahan-kimia/