HEBAHAN CAKNA “CMeOSH” BIL.28/2021 (KALI KE -303) “ KELEBIHAN AMALAN REVERSE PARKING’’

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Amalan reverse parking adalah selari dengan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan mencerminkan amalan ISO 9001:2015 (Sistem Pengurusan Kualiti) QMS dan ISO 45001:2018 (Sistem Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) OHSMS yang lebih sistematik dan estetik.  Dengan menerapkan amalan ini, ianya akan lebih memudahkan kita untuk mengeluarkan kenderaan apabila berlaku kecemasan.

Meletakkan kereta kita menggunakkan teknik reverse parking dikatakan lebih selamat berbanding terus masuk ke kotak parkir atau forward parkir. Ianya bukan sahaja lebih selamat, malah dikatakan lebih efisien dari beberapa aspek seperti berikut:-

 

  • Pandangan pemandu yang lebih jelas dan selamat ketika memulakan pemanduan;
  • Memudahkan urusan keluar masuk dan pembaikan kenderaan jika berlakunya kerosakan enjin bagi kenderaan di parkir;
  • Menjimatkan masa evakuasi ketika kecemasan dan mengurangkan risiko terperangkap dalam lalu lintas ketika proses evakuasi semasa kecemasan;
  • Mengundur dari tempat letak kereta ketika enjin sejuk akan menggunakan 20-25 kali lebih banyak minyak; 
  • Memandu ke hadapan lebih menjimatkan minyak kerana ratio gear yang lebih rendah ketika mengundur berbanding dengan gear satu; dan

 

Cara parkir undur yang betul adalah seperti berikut:-

image.png

Parkir  Berjajar

 

  • Gunakan lampu signal ketika hendak parkir di tempat yang dituju. Setelah keadaan lengang, pastikan tidak ada apa-apa yang melintas di belakang kenderaan anda
  • Terus ke depan, kemudian reverse ke belakang.

 

 

image.png

 Parkir Selari

 

  • Majukan kereta hingga sejajar dengan kereta yang parkir tersebut.
  • Masukkan dari belakang/ reverse (R), kemudian putar stereng ke sisi arah tempat parkir. Undurkan perlahan-lahan. Perhatikan sudut bahagian belakang kereta yang parkir.
  • Ketika posisi sudah senget dalam 45 darjah, luruskan stereng sambil mengundur perlahan-lahan.
  • Ketika hampir mendekati petak parkir, putar balik stereng ke arah luar, sambil mengundur perlahan-lahan.
  • Tukar gear 1 atau (untuk transmisi automatic), belokkan stereng ke sisi dalam untuk meluruskan posisi kereta. 

Semoga warga UMK dapat membudayakan dan menerapkan amalan ini bagi memastikan pembudayaan reverse parking sebagai satu amalan harian sepanjang berada dalam kampus UMK. Kerjasama dan perhatian warga UMK dalam hal ini amatlah penting bagi memastikan semua warga UMK dalam keadaan SELAMAT dan SIHAT.