HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL. 29/2021 (KALI KE-304) ''AUDIT DALAMAN ISO 45001:2018 (SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN) OHSMS”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

image.png


Pusat Pengurusan Persekitaran, Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (CMeOSH) telah menjalankan proses audit dalaman oleh Pasukan Audit Dalam (PAD) yang telah dilantik oleh Univerisiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi ISO 45001:2018 OHSMS yang telah berlangsung secara atas talian pada 18 Julai 2021 (Ahad) jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang.

Tujuan audit dalaman dijalankan adalah bagi memenuhi kehendak Klausa 9.2 Audit Dalaman ISO 45001:2018 OHSMS dalam melaksanakan tanggungjawab dengan memberikan data analisa, penilaian yang berkualiti untuk menghadapi persediaan audit pengawasan kali kedua bagi  ISO 45001: 2018 OHSMS. Hasil daripada audit dalaman tersebut, ia juga memberi peluang kepada tindakan pembetulan, pencegahan dan penambahbaikan dilaksanakan secara sistematik dan berterusan.

Terima kasih diucapkan kepada Pasukan Audit Dalaman ISO 45001:2018 OHSMS UMK di atas segala komitmen dan sokongan sepanjang proses audit berlangsung. Semoga ia menjadi  suntikan semangat kepada pihak CMeOSH dalam menghadapi audit pengawasan kali kedua daripada pihak NIOSH Certification Sdn. Bhd nanti. Kerjasama dan perhatian warga UMK dalam hal ini amatlah penting bagi memastikan semua warga dalam keadaan SELAMAT dan SIHAT.