HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL.32/2021 (KALI KE-307) '' KURSUS KESELAMATAN ELEKTRIK & PERTOLONGAN CEMAS BERFOKUS KEPADA STAF 3PI''

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

image.png

Kursus Keselamatan Elektrik & Pertolongan Cemas anjuran Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (HRD), Pejabat Pendaftar, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah diadakan secara atas talian melalui aplikasi webex pada 11 Ogos 2021 (Rabu). Kursus ini berfokus kepada staf Pusat Pembangunan Dan Pengurusan Infrastruktur (3PI) yang mana telah dihadiri oleh 45 orang peserta. Penceramah bagi kursus ini adalah YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Rasdan bin Ismail iaitu Pengarah CMeOSH selaku orang yang kompeten Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (DOSH HQ/16/SHO/01/00602) Berdaftar di bawah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia.

Kursus ini diadakan untuk memberikan penerangan berkaitan memahami prinsip pengawalan risiko dan pengurusan risiko di tempat kerja serta memahami bahaya elektrik sebagaimana yang dikehendaki bagi mematuhi Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, iaitu berkenaan tanggungjawab am majikan dan orang yang bekerja sendiri terhadap pekerjanya untuk memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan ketika bekerja.

Semoga dengan adanya kursus  seperti ini, dapat memberikan manfaat dan panduan serta pemahaman lebih jelas berkaitan Keselamatan Elektrik & Pertolongan Cemas khususnya di UMK. Justeru itu, ia juga dapat mempromosikan pembentukan BUDAYA KERJA SELAMAT bagi mencapai KEMALANGAN SIFAR di UMK serta meningkatkan kerjasama antara majikan dan pekerja. Kerjasama dan perhatian warga UMK dalam hal ini amatlah penting bagi memastikan semua warga UMK dalam keadaan SELAMAT dan SIHAT.