HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL.33/2021 (KALI KE-308) ''VAKSINASI TANGGUNGJAWAB BERSAMA''

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

image.png

Seiring peredaran masa, pengurusan sumber manusia strategik melalui perancangan terhadap vaksinasi pekerja yang lebih dinamik dalam mewujudkan suasana harmoni di antara majikan dan pekerja.

Majikan memainkan peranan yang cukup penting dalam menyokong program imunisasi kepada pekerjanya bagi memastikan langkah keselamatan yang  sewajarnya dalam manifestasi untuk mengurangkan risiko penularan pandemik COVID-19. Ini selaras kepada pematuhan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP 1994) (Akta 514) seksyen 15(1) adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya. Tambahan pula AKKP 1994 Seksyen 24 (1) (a) adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pekerja yang sedang bekerja untuk memberikan perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja. Menurut seksyen 24 (2) seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Pelbagai usaha digerakkan bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk mencapai sasaran imuniti berkelompok. Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama untuk menyokong pengambilan vaksin COVID-19 agar aspek keselamatan serta kesihatan di tempat kerja terjamin. Memang diakui akan ada sebahagian pekerja berpotensi menolak suntikan vaksin disebabkan kebimbangan mereka terhadap kesan sampingan atau aspek keberkesanan. Ia bukan suatu kesalahan dalam peruntukan Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Namun, implikasi dengan hanya sebilangan pekerja enggan menerima vaksin ketika majoriti yang lain sudah pun menjalani proses vaksinasi.

Sememangnya kita belum menang. Justeru itu, Warga UMK hendaklah bersama-sama menyokong usaha gigih kerajaan dalam membendung penularan pandemik ini.

 

Segala Kerjasama warga UMK dalam memastikan penerimaan vaksinasi secara menyeluruh dalam kalangan pekerja demi mengoptimumkan aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.