HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL.35/2021 (KALI KE-310) "STATUS VAKSINASI STAF UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN DAN PEMBUKAAN PROGRAM IMUNISASI COVID -19 PERINGKAT JAJAHAN BACHOK"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL.35/2021 (KALI KE-310) "STATUS VAKSINASI STAF UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN DAN PEMBUKAAN PROGRAM IMUNISASI COVID -19 PERINGKAT JAJAHAN BACHOK"

Dengan segala homatnya merujuk kepada perkara di atas adalah berkaitan.

2.     Untuk makluman YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Induk (JPKKPI) Universiti Malaysia Kelantan (UMK)  Bil, 3 pada 29 Julai 2021, pihak CMeOSH telah diminta untuk memantau statistik maklumat vaksinasi staf UMK melalui Ketua Jabatan / Dekan berdasarkan data awal maklumat vaksinasi staf UMK yang dibangunkan oleh pihak Bahagian Pembangunan Organisasi, (BPO), Pejabat Pendaftar.

3.     Oleh itu, data maklumat vaksinasi staf UMK telah dibentangkan dalam Pembentangan Berkaitan Dapatan Maklum Balas Status Vaksinasi Staf UMK  kepada Puan Pendaftar, wakil Pejabat Pendaftar dan Pengarah, Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Hasil cerapan data tersebut sehingga 02 September 2021, terdapat 92.4% staf UMK telah menerima vaksin (Menerima dos pertama atau kedua - dua dos). Pada 05 September 2021, pihak CMeOSH juga mendapat makluman daripada Pengarah PKU berkaitan pembukaan Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Jajahan Bachok bermula petang 05 September 2021 di PPV UMK dan PPV Dewan MDB.

4.     Sehubungan itu, bagi mencapai 100% staf UMK menerima vaksinasi, staf - staf yang masih belum menerima vaksinasi diminta untuk mendapatkan suntikan vaksinasi ini. Pihak CMeOSH juga ingin mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah kepada semua staf UMK yang telah menerima vaksin dan terima kasih diucapkan kepada Ketua Jabatan  / Dekan yang menyokong serta bekerjasama memberi maklumbalas maklumat vaksinasi staf bagi memastikan semua staf UMK menerima vaksin. 

Sememangnya kita belum menang. Justeru itu, Warga UMK hendaklah bersama-sama menyokong usaha gigih kerajaan dalam membendung penularan pandemik ini. Segala kerjasama warga UMK dalam memastikan penerimaan vaksinasi secara menyeluruh dalam kalangan pekerja amatlah dihargai demi mengoptimumkan aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.