HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL.38/2021 (KALI KE-313) PENGLIBATAN CMeOSH UMK DALAM PROGRAM PELANCARAN MODUL KOMUNIKASI RISIKO DAN KRISIS UNTUK KESIHATAN AWAM DAN KETAHANAN INSTITUSI DAN ONLINE WEBINAR: "RISK AND CRISIS COMMUNICATION FOR PUBLIC HEALTH AND INSTITUTIONAL RESILIENCE"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

image.png

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas adalah berkaitan

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Malaysia One Health University Network (MyOHUN) sebagai rakan strategik telah menganjurkan program Online Webinar: "Risk and Crisis Communication for Public Health and Institutional Resilience" pada 30 September 2021. Webinar ini telah dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi). Melalui program ini juga, modul Komunikasi Risiko dan Krisis untuk Kesihatan Awam dan Ketahanan Institusi: Panduan untuk Institusi Pendidikan Tinggi turut dilancarkan.

3.    Sehubungan itu, Universiti Malaysia Kelantan melalui Pengarah Pusat Pengurusan Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (CMeOSH) iaitu YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Rasdan Bin Ismail telah dijemput sebagai penceramah bagi program tersebut yang bertajuk "Cusp of Change in Managing Occupational Safety and Health Risk at the Institution". Webinar tersebut telah berlangsung bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari yang telah dihadiri dari pelbagai agensi kerajaan, Universiti Awam dan agensi swasta dengan penglibatan seramai 100 lebih peserta. 

Semoga dengan penglibatan UMK dalam webinar seperti ini dapat mempromosikan pembentukan BUDAYA KERJA SELAMAT bagi mencapai KEMALANGAN SIFAR di UMK dan juga institusi - institusi lain serta meningkatkan kerjasama antara UMK dengan organisasi lain dalam memartabatkan pengurusan KKP di Malaysia amnya dan Negeri Kelantan khususnya.