HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL.44/2021 (KALI KE-319) TAHNIAH & SYABAS UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN DI ATAS KEJAYAAN MENGEKALKAN PENSIJILAN ISO 45001:2018 OHSMS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, 

WhatsApp Image 2021-11-08 at 4.15.10 PM.jpeg 

HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL.44/2021 (KALI KE-319) TAHNIAH & SYABAS UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN DI ATAS KEJAYAAN MENGEKALKAN PENSIJILAN ISO 45001:2018 OHSMS 

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas adalah berkaitan

2.       Universiti Malaysia Kelantan melalui Pusat Pengurusan Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (CMeOSH) telah menghadapi Audit Pengawasan Kali Kedua Pensijilan ISO 45001:2018 OHSMS dari NIOSH Certification Sdn Bhd (NCSB). Sesi pembukaan audit telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Nik Maheran Binti Nik Muhammad selaku Menjalankan Fungsi Naib Canselor UMK dan sesi penutup audit telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Arham Bin Abdullah selaku Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi). 

3.      Sehubungan itu, pihak CMeOSH merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YBhg.  Prof. Dr. Nik Maheran Binti Nik Muhammad Menjalankan Fungsi Naib Canselor, YBhg. Prof. Ts. Dr. Arham Bin Abdullah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Pasukan Audit Dalaman ISO45001:2018 OSHMS, Ahli JPKKP Induk, Semua Pengurusan Kanan Universiti dan warga kerja UMK di atas segala usaha, komitmen dan sokongan dalam menjayakan Audit Pengawasan Kali Kedua ISO45001:2018 OHSMS di UMK pada 01 & 02 November bagi tahun 2021. Pensijilan ISO45001:2018 OHSMS di UMK melalui CMeOSH diteruskan dengan ZERO NCR.

Semoga dengan perkongsian ini akan meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan pembentukan BUDAYA KERJA SELAMAT bagi mencapai KEMALANGAN SIFAR di UMK dan juga institusi - institusi lain.