PUSAT PENGURUSAN PERSEKITARAN KESELAMATAN
DAN KESIHATAN PEKERJAAN (CMeOSH)

Visi


Menerajui kecemerlangan pengurusan persekitaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan

Misi


Memastikan pematuhan perundangan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139) dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta127) melalui Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ISO 45001:2018

Objektif


  1. Melaksanakan dan mengemaskini Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ISO 45001:2018)
  2. Memenuhi keperluan perundangan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139) dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta127)
  3. Melaksanakan tugas-tugas sebagai urusetia Jawatankuasa Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JPKKP) Pekerjaan selain dari pemantauan dan pemeriksaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja secara berkala
  4. Memberikan latihan kesedaran aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada warga Universiti Malaysia Kelantan
  5. Membudayakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada warga Universiti Malaysia Kelantan dan pihak luar.

LANGGAN BERITA

Langgan berita kami untuk dapatkan update terkini melalui email anda.