15-Jun-2026

HEBAHAN CAKNA ''CMEOSH " BIL.22/2026 (KALI KE-523): PROGRAM FIT TO WORK


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam UMK4U, 1 Hati 1 Jiwa
 
YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
 
CAKNA (33).jpg

14 Jun 2026 - Program Fit To Work 2026 telah berjaya dilaksanakan oleh Pusat Pengurusan Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (CMeOSH), Pejabat Naib Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Geran Bantuan Kewangan bagi Pelaksanaan Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) yang disediakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Program ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran warga universiti terhadap kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP), kesejahteraan mental, kesihatan fizikal serta amalan gaya hidup sihat dalam persekitaran kerja.

Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan, warga UMK telah didedahkan kepada kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat, mengenal pasti faktor risiko kesihatan lebih awal serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang dapat menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan dan produktiviti di tempat kerja.

Sehubungan itu, dilampirkan bersama poster hebahan cakna berkaitan Program Fit To Work 2026 untuk perhatian dan hebahan kepada seluruh warga UMK.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warga UMK dalam memperkukuh budaya kerja yang selamat, sihat dan produktif. Melalui peningkatan kesedaran terhadap aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan di tempat kerja, diharapkan risiko kemalangan dan penyakit pekerjaan dapat diminimumkan, seterusnya menyokong usaha merealisasikan sasaran KEMALANGAN SIFAR serta memastikan seluruh warga UMK sentiasa berada dalam keadaan SELAMAT, SIHAT dan SEJAHTERA.  



ARCHIVE
2026
August (1)
June (2)
May (1)
April (2)
February (1)
2025
December (3)
October (3)
April (2)
March (1)
February (1)
January (2)
2024
November (2)
October (2)
June (1)
May (2)
April (1)
March (1)
February (2)
January (1)
2023
July (1)
April (7)
February (4)
2022
December (2)
June (1)
May (2)
April (1)
March (2)
February (1)
January (3)
2021
December (2)
November (1)
October (1)
September (1)
August (8)
July (3)
June (4)
May (3)
April (3)
March (7)
February (3)
January (4)
2020
December (2)
November (4)
July (5)
June (7)