06-Apr-2026

HEBAHAN CAKNA "CMEOSH" BIL.13/2026 (KALI KE-514) : ''JAGA DIRI DI MUSIM PANAS ''


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam UMK4U, 1 Hati 1 Jiwa
 
YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa keadaan cuaca panas yang sedang melanda ketika ini boleh memberi kesan kepada kesihatan dan keselamatan, antaranya dehidrasi, keletihan, pening serta risiko stres haba yang boleh menjejaskan produktiviti kerja.

Sehubungan itu, semua warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) disarankan untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga seperti berikut:
• Minum air secukupnya sepanjang waktu bekerja
• Mengambil rehat di tempat yang teduh atau berhawa dingin
• Memastikan persekitaran kerja mempunyai pengudaraan yang baik
• Mengurangkan pendedahan kepada haba melampau
• Peka terhadap tanda-tanda awal seperti pening, lemah dan loya

Bersama-sama ini dilampirkan poster hebahan untuk perhatian dan tindakan pihak YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan.

CAKNA (6).png

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warga UMK dalam membentuk Budaya Kerja Selamat, bagi mengurangkan kemalangan pekerjaan dan memastikan semua warga UMK sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sihat.  

Sekian, terima kasih.



ARCHIVE
2026
June (2)
May (1)
April (2)
February (1)
2025
December (3)
October (3)
April (2)
March (1)
February (1)
January (2)
2024
November (2)
October (2)
June (1)
May (2)
April (1)
March (1)
February (2)
January (1)
2023
July (1)
April (7)
February (4)
2022
December (2)
June (1)
May (2)
April (1)
March (2)
February (1)
January (3)
2021
December (2)
November (1)
October (1)
September (1)
August (8)
July (3)
June (4)
May (3)
April (3)
March (7)
February (3)
January (4)
2020
December (2)
November (4)
July (5)
June (7)