27-Apr-2026

HEBAHAN CAKNA "CMEOSH" BIL.16/2026 (KALI KE-517): ''PERSEKITARAN KERJA SELAMAT SEMASA JEREBU''


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa keadaan jerebu yang berlaku ketika ini berpotensi menjejaskan kualiti udara serta keselesaan persekitaran kerja. 

Sehubungan itu, semua warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) disarankan untuk mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan persekitaran kerja sentiasa berada dalam keadaan selamat, selesa dan kondusif. Antara langkah yang boleh diambil termasuk memastikan sistem pengudaraan berfungsi dengan baik, mengawal kemasukan udara luar sekiranya perlu serta memantau tahap keselesaan ruang kerja.

Dalam masa yang sama, semua pihak digalakkan untuk mengurangkan aktiviti yang tidak perlu serta sentiasa peka terhadap perubahan keadaan persekitaran kerja dari semasa ke semasa.

Bersama-sama ini dilampirkan poster hebahan cakna keselamatan untuk perhatian dan tindakan pihak YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan.

CAKNA (30).jpg

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warga UMK dalam membentuk budaya kerja selamat, seterusnya mengurangkan risiko kemalangan pekerjaan serta memastikan semua warga sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sihat. 



ARCHIVE
2026
August (1)
June (2)
May (1)
April (2)
February (1)
2025
December (3)
October (3)
April (2)
March (1)
February (1)
January (2)
2024
November (2)
October (2)
June (1)
May (2)
April (1)
March (1)
February (2)
January (1)
2023
July (1)
April (7)
February (4)
2022
December (2)
June (1)
May (2)
April (1)
March (2)
February (1)
January (3)
2021
December (2)
November (1)
October (1)
September (1)
August (8)
July (3)
June (4)
May (3)
April (3)
March (7)
February (3)
January (4)
2020
December (2)
November (4)
July (5)
June (7)