
Apa Itu ‘Sindrom Bangunan Sakit’
Istilah "sindrom bangunan sakit" (SBS) digunakan untuk menerangkan situasi di mana penghuni bangunan mengalami kesan kesihatan dan keselesaan akut yang nampaknya dikaitkan dengan masa yang dihabiskan di dalam bangunan, tetapi tiada penyakit atau punca tertentu dapat dikenal pasti.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (2008) menjelaskan SBS merupakan keadaan yang mana individu di dalam bangunan mengalami simptom dan rasa tidak selesa tanpa sebab yang jelas. Sesetengah pakar membuat spekulasi bahawa kualiti udara dalaman yang tidak sihat (Poor Indoor Environmental Quality) juga dalah penyumbang kepada SBS.
Antara simptom SBS adalah sakit kepala, hidung tersumbat atau berair, kulit kering, sakit mata atau tekak, batuk atau semput, ruam kulit, keletihan dan sukar untuk menumpukan perhatian.
Dibawah menunjukkan punca dan kesan kualiti udara dalaman (IAQ) yang tidak sihat untuk rujukan warga UMK.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada warga UMK dalam pembentukan BUDAYA KERJA SELAMAT bagi mengurangkan KEMALANGAN PEKERJAAN demi memastikan semua warga UMK dalam keadaan SELAMAT dan SIHAT.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
: Portal Rasmi My HEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia