20-Jul-2023

HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL. 24/2023 (KALI KE-392) "LAWATAN PENANDA ARAS DARIPADA DELEGASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) KE UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN''


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

12 Julai 2023 (Rabu) -   Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah menerima kunjungan penanda aras daripada delegasi Unit Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UPRKKP), Pejabat Penolong Naib Canselor (Pengurusan Projek dan Pembangunan Strategi), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang mana delegasi tersebut diketuai oleh Penolong Naib Canselor (Pengurusan Projek dan Pembangunan Strategi) iaitu Brig. Jen. Prof. Ir. Dr. Norazman bin Mohamad Nor (Bersara).

Manakala, pihak UMK pula diketuai oleh YBrs. ChM. Ts. Dr. Noor Syuhadah Binti Subki, Pengarah Pusat Pengurusan Persekitaran Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (CMeOSH) bersama dengan ahli Jawatankuasa Persekitaran, Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Induk (JPKKPI) UMK, Pengarah Pusat Strategik dan Risiko serta wakil daripada Pusat Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur (3PI) dan Pusat Pengurusan Kualiti Universiti.

Tujuan utama lawatan penanda aras delegasi UPNM ke UMK adalah untuk membina hubungan strategik dan perkongsian pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di UMK yang berpandukan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ISO 45001:2018 OHSMS.

Semoga dengan hubungan strategik yang terjalin dapat membantu institusi pendidikan tinggi lain dalam memastikan aspek KKP diuruskan dengan cemerlang. Kerjasama dan perhatian warga UMK dalam hal ini amatlah penting bagi memastikan semua warga UMK dalam keadaan SELAMAT & SIHAT.



ARCHIVE
2026
November (1)
October (1)
August (1)
June (2)
May (1)
April (2)
February (1)
2025
December (3)
October (3)
April (2)
March (1)
February (1)
January (2)
2024
November (2)
October (2)
June (1)
May (2)
April (1)
March (1)
February (2)
January (1)
2023
July (1)
April (7)
February (4)
2022
December (2)
June (1)
May (2)
April (1)
March (2)
February (1)
January (3)
2021
December (2)
November (1)
October (1)
September (1)
August (8)
July (3)
June (4)
May (3)
April (3)
March (7)
February (3)
January (4)
2020
December (2)
November (4)
July (5)
June (7)