18-Jan-2024
HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL.1/2024 (KALI KE-413) ''PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PERSEKITARAN,KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 2023"
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi dengan limpah rahmat-Nya serta selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah SAW kerana di atas kasih sayang-Nya dapatlah kita menyambut tahun baru 2024 ini, dengan diberikan peluang untuk melaksanakan amanah serta tanggungjawab kita ke arah memastikan tempat kerja yang kondusif selamat dan sihat.
Pencapaian cemerlang tahun 2023 merupakan suatu manifestasi komitmen seluruh warga UMK dalam usaha mentransformasi aspek Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan (PKKP) supaya sentiasa berada pada tahap yang terbaik. Pencapaian ini menjadi pemangkin dan penanda aras untuk terus melangkah ke hadapan seterusnya menjadi lebih cemerlang pada tahun 2024.
Di kesempatan ini juga, CMeOSH ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada pengurusan tertinggi UMK, ahli jawatankuasa Persekitaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Induk (JPKKPI) UMK dan seluruh warga UMK atas segala usaha dan komitmen yang telah diberikan dalam memastikan objektif, visi dan misi PKKP UMK tercapai dengan cemerlang.
Dengan semangat tahun baru 2024 ini, marilah kita seluruh warga UMK mempertingkatkan keazaman, usaha, disiplin dan integriti dalam memastikan Universiti terus relevan dalam memacu kecemerlangan aspek PKKP ke arah Negara Maju dan mencapai matlamat ‘Zero Accident”. Kerjasama dan perhatian warga UMK dalam hal ini amatlah penting bagi memastikan semua warga UMK dalam keadaan SELAMAT dan SIHAT.
"Spearheading The EOSH Excellence"
"Menerajui Kecemerlangan PKKP"