09-Jan-2025

HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL.1/2025 (KALI KE-460)''TAKWIM PROGRAM / AKTIVITI PERSEKITARAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PKKP) BAGI TAHUN 2025"


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
 
HEBAHAN CAKNA "CMeOSH" BIL.1/2025 (KALI KE-460)''TAKWIM PROGRAM / AKTIVITI PERSEKITARAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PKKP) BAGI TAHUN 2025"
 
Untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengenai kepentingan aspek Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP), pelbagai usaha giat dijalankan. Usaha ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat serta memupuk nilai-nilai PKKP dalam setiap individu. Oleh itu, bagi tahun 2025, sejumlah program dan aktiviti PKKP telah dirancang secara terperinci. Program-program ini dijadualkan untuk dilaksanakan di UMK dengan harapan ia dapat memberikan impak yang positif kepada semua warga universiti.
 
Justeru itu, takwim program yang mengandungi butiran aktiviti-aktiviti PKKP tersebut dikemukakan untuk perhatian dan rujukan YBhg. Prof. Dato'/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan. Sebarang perubahan tarikh yang dicadangkan dalam takwim adalah tertakluk kepada perubahan semasa. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, YBhg. Prof. Dato'/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan boleh emel kepada cmeosh@umk.edu.my. Segala kerjasama dan perhatian warga UMK dalam hal ini amatlah penting bagi memastikan semua warga UMK berada dalam keadaan SELAMAT dan SIHAT.
 
WhatsApp Image 2025-01-06 at 11.18.27 AM.jpeg
 
                                                                                                       "Spearheading The EOSH Excellence"
                                                                                                        "Menerajui Kecemerlangan PKKP"



ARCHIVE
2026
November (1)
October (1)
August (1)
June (2)
May (1)
April (2)
February (1)
2025
December (3)
October (3)
April (2)
March (1)
February (1)
January (2)
2024
November (2)
October (2)
June (1)
May (2)
April (1)
March (1)
February (2)
January (1)
2023
July (1)
April (7)
February (4)
2022
December (2)
June (1)
May (2)
April (1)
March (2)
February (1)
January (3)
2021
December (2)
November (1)
October (1)
September (1)
August (8)
July (3)
June (4)
May (3)
April (3)
March (7)
February (3)
January (4)
2020
December (2)
November (4)
July (5)
June (7)