16-May-2024

HEBAHAN CAKNA ''CMeOSH'' BIL.19/2024 (KALI KE-432)'' KEPENTINGAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN"


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

HEBAHAN CAKNA ''CMeOSH'' BIL.19/2024 (KALI KE-432)'' KEPENTINGAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN"

12 Mei 2024 - PONTIAN: Seorang lelaki rentung dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah kedai tiga tingkat di Taman Mutiara. Kebakaran dipercayai berlaku di sebuah bilik di tingkat dua bangunan berkenaan. Di tingkat dua bangunan itu terdapat enam buah bilik yang dipercayai diubahsuai menjadi bilik sewa dan dianggarkan setiap bilik sewa itu berukuran 3.5 meter persegi. Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Bahru, Mahadir Mamat berkata, kemusnahan kebakaran dianggar 60 peratus dan tiga jentera dengan kekuatan 19 anggota terbabit dalam operasi memadamkan api itu.

Selain itu, pada 11 Mei 2024 – ARAU: Sebanyak 26 buah motosikal penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diparkir di kawasan parkir asrama lelaki di Pauh, terbakar. Kejadian dipercayai berlaku jam 4.40 pagi di Blok B, Kompleks Perumahan (Kolej Kediaman) Pauh Putra turut membabitkan kerosakan kecil 10 motosikal penghuni asrama berkenaan.  Pihak Bomba menerima panggilan kebakaran sekitar jam 4.41 pagi.

Sehubungan itu, untuk mengelakkan berlakunya insiden seumpama ini di UMK, PTj/ Fakulti perlu memastikan pelan tindakan kecemasan (ERP) yang sistematik dibangunkan bagi pasukan tindakan kecemasan (ERT/ OKK) bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan.  Disamping itu, latihan pengungsian bangunan (Fire Drill) perlu diadakan sekurang-kurang sekali setahun bagi persediaan utama untuk menghadapi bencana kebakaran dan memastikan pekerja mempraktikkan cara menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan.

Justeru itu, pihak CMeOSH berharap semua pengurusan Fakulti/ PTj dan warga UMK dapat mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku seterusnya mematuhi perundangan yang telah ditetapkan bagi mencapai KEMALANGAN SIFAR  dan memastikan kawasan tempat kerja di UMK SELAMAT dan SIHAT.

# Sumber rujukan 

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/05/1246233/lelaki-rentung-kebakaran-kedai-tiga-tingkat
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/05/1245646/penuntut-unimap-luluh-hati-lihat-motosikal-terbakar



ARCHIVE
2026
November (1)
October (1)
August (1)
June (2)
May (1)
April (2)
February (1)
2025
December (3)
October (3)
April (2)
March (1)
February (1)
January (2)
2024
November (2)
October (2)
June (1)
May (2)
April (1)
March (1)
February (2)
January (1)
2023
July (1)
April (7)
February (4)
2022
December (2)
June (1)
May (2)
April (1)
March (2)
February (1)
January (3)
2021
December (2)
November (1)
October (1)
September (1)
August (8)
July (3)
June (4)
May (3)
April (3)
March (7)
February (3)
January (4)
2020
December (2)
November (4)
July (5)
June (7)