22-Feb-2024

HEBAHAN CAKNA ''CMeOSH'' BIL.7/2024 (KALI KE-419) '' PENGIKTIRAFAN CENTER OF EXCELLENCE KKP’’


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,


5 Februari 2024- Universiti Malaysia Kelantan melalui Pusat Pengurusan Persekitaran Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (CMeOSH) telah diiktirafkan Center of Excellence bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COE KKP) oleh NIOSH Certification (NIOSH Cert) selaku Badan Penilai  yang dilantik oleh Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia untuk  Program Pengiktirafan Centre of Excellence KKP.

Pengiktirafan COE KKP kepada organisasi adalah berdasarkan komitmen, keupayaan dan prestasi yang cemerlang dalam menjalankan aktiviti pengembangan ilmu, teknologi serta kepakaran KKP.

Semoga dengan pengiktirafan ini, CMeOSH UMK dapat memacukan kecemerlangan dalam bidang COE KKP khususnya dan menjadi rujukan kepada institusi dan industri luar. Dikesempatan ini, CMeOSH juga ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah atas kerjasama warga UMK khususnya ahli Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Induk (JPKKPI) UMK dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan diutamakan. Kerjasama dan perhatian warga UMK dalam hal ini amatlah penting bagi memastikan semua warga UMK dalam keadaan SELAMAT & SIHAT.



ARCHIVE
2024
May (2)
April (1)
March (1)
February (2)
January (1)
2023
July (1)
April (7)
February (4)
2022
December (2)
June (1)
May (2)
April (1)
March (2)
February (1)
January (3)
2021
December (2)
November (1)
October (1)
September (1)
August (8)
July (3)
June (4)
May (3)
April (3)
March (7)
February (3)
January (4)
2020
December (2)
November (4)
July (5)
June (7)