29-Feb-2024

HEBAHAN CAKNA ''CMeOSH'' BIL.8/2024 (KALI KE-420) ''KURSUS PENGURUSAN MENTAL DI TEMPAT KERJA''


HEBAHAN CAKNA ''CMeOSH'' BIL.8/2024 (KALI KE-420) ''KURSUS PENGURUSAN MENTAL DI TEMPAT KERJA''


25 Februari 2024 – Universiti Malaysia Kelantan melalui Pusat Pengurusan Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (CMeOSH) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Dan Kecemerlangan Bakat telah mengadakan Kursus Pengurusan Mental Di Tempat Kerja yang dihadiri oleh 30 peserta. Penceramah kursus ini ialah YBrs. Dr. Norsayyidatina Binti Che Rozubi, Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Objektif penganjuran Kursus Pengurusan Mental di Tempat Kerja ini bertujuan untuk memberi pendedahan bagi meningkatkan kebolehan mengurus, mengawal emosi dan tekanan di tempat kerja. Selain itu, objektif lain adalah untuk mewujudkan persekitaran kerja tanpa tanpa stres. Keperluan kursus ini adalah selaras dengan pematuhan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Seksyen 15 (2) ( C ) untuk menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan untuk memastikan setakat yang praktik keselamatan dan kesihatan pekerjaan semasa waktu bekerja.

Semoga setiap peserta yang hadir mendapat manfaat dan panduan serta pemahaman lebih jelas berkaitan dengan pengurusan mental di tempat kerja. Justeru itu, ia juga dapat mempromosikan pembentukan BUDAYA KERJA SELAMAT bagi mencapai KEMALANGAN SIFAR di UMK. Kerjasama dan perhatian warga UMK dalam hal ini amatlah penting bagi memastikan semua warga UMK dalam keadaan SELAMAT dan SIHAT.

 



ARCHIVE
2024
November (1)
October (2)
June (1)
May (2)
April (1)
March (1)
February (2)
January (1)
2023
July (1)
April (7)
February (4)
2022
December (2)
June (1)
May (2)
April (1)
March (2)
February (1)
January (3)
2021
December (2)
November (1)
October (1)
September (1)
August (8)
July (3)
June (4)
May (3)
April (3)
March (7)
February (3)
January (4)
2020
December (2)
November (4)
July (5)
June (7)